Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'15 peratus pelarian Filipina kini jadi rakyat M'sia'

Lama selepas pelarian Filipina menetap di 32 kampung di Sabah semasa konflik Mindanao pada tahun 1970-an, lebih 16.7 peratus daripada  mereka kini memiliki kad pengenalan biru, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Suhaimi Mohd Salleh, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada RCI hari ini, berkata daripada anggaran 69.317 pelarian di 32 kampung tersebut, sehingga tahun lepas 11,597 daripada mereka memiliki kad pengenalan biru.

"Sejumlah 15,057 orang juga memiliki sijil kelahiran," kata Suhaimi sambil menambah bahawa mereka sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak pelarian dan menunggu untuk mendaatkan kerakyatan.

Manakala 3,698 lagi memiliki status pemastautin tetap, 481 menggunakan permit masuk, 10,982 menggunakan IMM13 (dokumen status pelarian) dan 281 menggunakan kad pengenalan sementara, katanya.

Bakinya, kata Suhaimi, menggunakan borang pengenalan lama yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan tertentu tetapi tidak oleh JPN atau Jabatan Imigresen, atau tidak mempunyai dokumentasi langsung.

Pasukan Petugas Khas Persekutuan ditugaskan untuk menyelia pelarian di kampung-kampung dan juga mengendalikan isu-isu berkaitan pendatang di Sabah.

Suhaimi dipanggil semula hari ini untuk menjelaskan dengan lebih terperinci statistik yang beliau berikan semasa sesi pertama RCI, yang bermula pada 14 Januari dan berakhir pada 18 Januari.

Beliau berkata, dari tahun 1990 sehingga 21 Januari tahun ini, sejumlah 446,063 pendatang haram dihantar pulang atau bersetuju untuk pulang secara sukarela.

[Baca berita penuh]

ADS