Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang warga India memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang di Sabah hari ini bahawa dia mendapat kad pengenalan biru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa memberi sebarang dokumen sokongan.

Nasir Yusof, yang tiba di Sabah pada tahun 1982 dengan menggunakan pasport India, berkata dia mendengar cakap-cakap bahawa kerajaan memberi kad pengenalan biru kepada warga asing di pejabat JPN Kota Marudu.

Menjawab soalan pegawai pengendali siasatan RCI, Jamil Aripin, Nasir berkata, pada tahun 1988, dia dan lebih 100 orang rakannya warga India pergi ke pejabat JPN Kota Marudu dengan menaiki lori.

Jamil: Apa yang membuatkan awak pergi ke JPN?

Nasir: Saya dengar kerajaan beri anugerah (IC biru)

Jamil: Bagaimana awak tahu?

Nasir: Saya dengar dari rakan-rakan saya.

Jamil: Apakah dokumen sokongan yang anda gunakan?

Nasir : Tidak ada.

Jamil: Walaupun akuan bersumpah?

Nasir: Tidak.

Jamil: Adakah awak ada sijil kelahiran?

Nasir: Tidak.

Nasir menerima kad pengenalan biru dalam masa dua bulan selepas membuat permohonan. Dokumennya hanya pasport India.

Mengenai sama ada rakan senegaranya yang pergi bersamanya untuk memohon kad pengenalan biru itu, turut menerimanya atau tidak, tidak dibangkitkan.

Nasir berkata dia tidak tahu dari mana maklumat tentang "pendaftaran besar-besaran" bagi kad pengenalan biru itu, bermula.

Kad pengenalan biru yang dikeluarkan kepadanya menyatakan dia dilahirkan di Tuaran. Ia mempunyai nombor, dengan kod negeri '12 ', yang merujuk kepada rakyat yang dilahirkan di Sabah.

Katanya, pegawai JPN Kota Marudu yang memutuskan tempat kelahirannya.

"Apabila dia isi, dia tanya saya jika saya okay dengan tempat kelahiran saya dinyatakan sebagai Tuaran. Saya kata okay, kerana saya tahu tempat itu," kata Nasir.

'Mengundi tiga kali'

Nasir berkata dia didaftarkan sebagai pengundi pada tahun 1990 dan sejak itu telah mengundi sebanyak tiga kali - kali terakhir di kawasan pilihan raya Parlimen Sepanggar.

Dia kini menjalankan perniagaan menguruskan permit kerja untuk warga India yang datang ke Sabah.

"Terdapat kira-kira 20 majikan yang menjadi pelanggan saya. Saya mengendalikan kira-kira dua hingga tiga pas kerja untuk setiap mereka... Saya mengenakan bayaran RM100 setiap orang," katanya.

Ditanya sama ada dia sedar bahawa dia dikaitkan di Internet untuk mendapatkan kad pengenalan biru bagi warganegara India yang lain, Nasir menyifatkan dakwaan itu sebagai "100 peratus fitnah".

"Saya seorang ahli Kongres India Muslim Malaysia Sabah. Saya ada musuh, itulah sebabnya mereka berbuat demikian. Perniagaan saya juga terjejas," katanya.

Jamil juga bertanya Nasir sama ada dia kenal sesiapa di Jabatan Imigresen Sabah ekoran urusan permit kerja itu, yang boleh dipanggil untuk memberi keterangan, tetapi Nasir berkata dia tidak kenal sesiapa.

Sejumlah 12 saksi saksi memberi keterangan hari ini.

Sehingga kini, seramai 49 saksi telah memberi keterangan sejak RCI memulakan sesi pertama pendengaran pada 14 Januari hingga hingga 18 Januari lalu.

Ini sesi kedua pendengaran, yang bermula semalam, akan berakhir pada 1 Februari.

[Baca berita penuh]

ADS