Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya'

'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya'

Ini adalah rayuan berterusan Letchumy Ramasundram (bawah, kiri dalam gambar) dari Nibong Tebal, yang melahirkan kekecewaan kerana dia telah berusaha untuk mendapatkan Mykad selama hampir 12 tahun, tetapi setiap percubaannya menemui kegagalan.

NONE Paling malang sekali, dakwanya, ialah kenaifannya menyerahkan dokumennya kepada sebuah parti komponen BN di Jawi tahun lepas, dan sejak itu dia tidak pernah mendengar apa-apa dari individu berkenaan, mengenai permohonannya itu.

"Saya sering kecewa dengan orang yang bertanya kepada saya mengapa saya perlukan kad pengenalan (IC) biru sedangkan saya sudah berusia 50 tahun. Saya beritahu mereka saya mahu IC supaya saya boleh mengundi, mendapat pekerjaan yang baik dan mendapat faedah perubatan di hospital yang lebih baik."

Dia tidak faham bagaimana dia memegang IC merah, sedangkan ibubapanya mempunyai sijil kelahiran, manakala kakak sulung dan adiknya mempunyai IC biru.

"Malah saya tidak tahu berapa umur saya atau di mana saya dilahirkan tetapi ayah sering memberitahu saya dilahirkan di Kuala Kangsar. Ada orang yang cuba membawa saya ke Ipoh untuk memohon IC saya, (tetapi) tidak pernah berjaya," kata Letchumy sedih.

Tanpa IC biru, dia tidak dapat pergi ke sekolah ataupun mencari pekerjaan yang sesuai, katanya ketika ditemui di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang di Jalan Anson hari ini.

Sebaliknya, dia mendakwa terpaksa melaku pekerjaan membasuh pinggan dan membersihkan rumah orang.

Didorong oleh RCI Sabah

Letchumy adalah antara kira-kira 30 orang, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang menyertai perhimpunan di JPN, anjuran Pakatan Rakyat pagi ini, untuk mendapatkan sijil kelahiran, kad pengenalan biru dan kewarganegaraan.

They berbuat demikian ekoran siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah mendedahkan bahawa warga asing - Indonesia, Filipina dan Pakistan - telah memperoleh kerakyatan "segera".

NONE Sementara itu, bagi Mariam Yaacob (kiri), seorang ibu tunggal beranak

dua, dia juga sedang berusaha untuk mendaftarkan anak-anaknya dengan JPN.

Dua anak perempuannya yang berusia enam dan tujuh tahun itu, tidak mempunyai surat sijil kelahiran, yang bermakna mereka tidak boleh dimasukkan ke sekolah awam.

"Kedua-dua sijil kelahiran mereka telah hilang selepas saya melahirkan mereka di hospital di Kuala Lumpur. Saya cuba kembali ke hospital untuk bertanya kepada mereka sama ada saya boleh mendapatkan yang baru tetapi mereka sentiasa tidak layan saya," kata Mariam, yang kini mencuba nasibnya di Pulau Pinang.

"Apabila saya pergi ke JPN, mereka juga menolak saya, memberitahu saya bahawa anak-anak saya tidak boleh mempunyai sijil kelahiran mereka kerana bapa mereka seorang Hindu, manakala saya beragama Islam," dakwanya, sambil menambah bahawa suaminya telah meninggalkan mereka.

[Baca berita penuh]
ADS