Suri rumah ditembak mati oleh polis, suami mahu keadilan

Seorang pemandu lori telah menuduh polis menembak tanpa belas kasihan, dan tanpa sebab, ke atas sebuah kereta di Klang, mengakibatkan isterinya terbunuh dan dua anaknya kini hidup tanpa ibu.

Foo Voon Kong, 26, berkata,  kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 7.45 malam 18 Januari berhampiran Taman Sentosa, apabila isterinya Pua Bee Chun, 22, berada di tempat duduk penumpang kereta yang dipandu oleh seorang rakan lelaki.

Foo berkata tembakan telah dilepaskan ke arah kereta tersebut, di sebelah tempat isterinya duduk.

NONE"Terdapat 25 peluru ditembak ke arah kereta tersebut dan satu
daripadanya mengenai isteri saya dekat hatinya, yang membunuh serta-merta," kata Foo berkata.

"Seseorang dari tempat kejadian memberitahu saya bahawa terdapat kejadian tembakan, dan mereka percaya isteri saya (yang telah ditembak). Saya tiba di sana dan nampak polis mengepung kenderaan itu dan nampak isteri saya, sudah mati.

"Kerana kejadian itu berlaku berhampiran dengan beberapa rumah, maka saya bertanya apa yang berlaku dan pemilik rumah berkata polis mengambil rakaman CCTV dari premis mereka dan memadam apa yang telah berlaku," katanya.

Foo, yang mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan Pua, kini mencari jawapan dari pihak polis mengapa mereka menembak kereta tersebut, membunuh isterinya.

'Tiada sebab untuk polis tembak'


"Dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak ada sebab untuk polis menembak. Saya juga ingin tahu dari rakan lelaki itu apa yang berlaku, kerana dia tidak cedera tetapi kini hilang, " kata pemandu lori itu.

Beliau mendakwa tidak ada barang-barang haram atau dadah di dalam kereta itu untuk mewajarkan ia ditembak.

Foo berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Ahli Parlimen (MP) Klang, Charles Santiago dan peguam yang juga MP Puchong, Gobind Singh Deo turut hadir.

Bagaimanapun, laporan yang disiarkan oleh stesen televisyen ntv7 berkata Pua telah ditembak ketika kereta itu dikejar polis dan kereta itu dipercayai telah dilaporkan dicuri pada 15 Januari. Ia juga berkata sebilah parang dan satu paket dadah ditemui di dalam kereta tersebut.

Laporan itu juga berkata pemandu lelaki kereta itu, berumur 31, dikatakan mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan rompakan, dadah dan penculikan. Dia telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

IPCMC perlu dibentuk

Foo berkata dia tidak begitu kenal lelaki tersebut kerana mereka baru sahaja mengenalinya.

"Bagaimanapun, itu tidak mewajarkan polis melepaskan begitu banyak tembakan yang membunuh isteri saya, yang tidak bersalah," kata Foo.

Mengulas mengenai kejadian itu, Charles berkata beliau menghadiri upaca pengebumian dan terkejut mengenai cara Pua mati.

NONEKatanya, ini sekali lagi menimbulkan soalan mengapa IPCMC
tidak dibentuk untuk menyiasat dakwaan salahguna kuasa oleh pihak polis dan pihak berkuasa penguatkuasaan.

Ini, katanya, adalah kematian ketiga yang dilaporkan disebabkan oleh pihak polis dalam tempoh sebulan ini, selepas kes C Sugumaran dan Chang Chin Te.

Gobind, yang bertindak bagi pihak keluarga Pua, berkata tindakan memadam rakaman CCTV, seperti yang didakwa oleh Foo, adalah suatu kesalahan dan beliau akan menulis kepada pihak polis mengenai perkara ini.

"Saya rasa jawapan penting diperlukan kerana satu nyawa yang tidak bersalah telah hilang dan kanak-kanak ini akan membesar tanpa ibu mereka," tambah Gobind.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.