Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR mahu Musa jawab dakwaan pegawai Filipina
Diterbitkan:  Feb 1, 2013 11:50 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman digesa menjawab dakwaan para pegawai Filipina bahawa beliau campurtangan dalam urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki negara itu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata perkara itu merupakan kepentingan awam dan ketua menteri mesti menjawabnya kerana ia boleh menjejaskan kredibilitinya.

NONE Musa, katanya, mesti tampil menyatakan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan bahawa suspek tersebut, Manuel Karingal Amalilio (kiri) juga merupakan anak saudaranya.

Tambahnya, begitu juga sama ada atau tidak beliau ada kaitan dengan keputusan pihak polis untuk campurtangan dalam penghantaran Amalilio ke Filipina.

Azmin mengingatkan Musa bahawa sikap berdiam diri dalam hal ini boleh menimbulkan tanggapan sebagai pengakuan bersalah memandangkan akhir-akhir ini beliau sangat vokal dalam akhbar (mengenai isu-isu lain).

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis membantu Manila membawa suspek ke muka pengadilan.

"Proses sewajarnya mesti dipatuhi dan Amalilio mesti diberikan perbicaraan yang adil," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Pihak polis Malaysia mesti bertindak selaras dengan undang-undang dan tidak harus dilihat mengambil arahan dari tuan politik," tambahnya.

Jumaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina.

Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta). Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan.

Tiada perjanjian ekstradisi

Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina.

NONE Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio

pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima (kiri).

Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi.

Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu.

Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina.

Media blackout

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio.

Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa.

"Saya rasa laporan media - terutama di Kota Kinabalu - menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami.

"Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah "tidak baik" untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka.

"Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi."

[Baca berita penuh]

ADS