Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan jadikan lawatan ke Palestin gimik PRU'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menggunakan lawatan beliau ke Palestin baru-baru ini sebagai satuk gimik politik untuk pilihan raya umum, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa pun, katanya, rakyat Malaysia tidak akan berhenti menyokong perjuangan rakyat Palestin, untuk tanahair mereka, hak mereka dan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh.

"Saya berbeza dengan orang-orang yang mahu menggunakan isu itu sebagai gimik politik sebelum pilihan raya," kata Anwar.

"Hubungan kami (Pakatan Rakyat) dengan Fatah dan Hamas sudahpun diketahui umum, begitu juga hubungan mereka dengan parti Islam PAS ... kita tidak perlu untuk mengiktrif mereka (Palestin) sebelum Mac," katanya dengan nada yang menyindir Najib.

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan usaha Najib menyokong perjuangan Palestin, dan, sekurang-kurangnya untuk pertama kalinya, untuk mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di negara itu.

"Kita tidak harus membenarkan politik domestik Malaysia menggagalkan fokus kita untuk menyokong perjuangan Palestin," kata Anwar.

Lawatan Najib ke Palestin tidak putus-putuskan dilaporkan oleh media arus perdana selama lebih seminggu, dengan menyifatkan lawatan tersebut sebagai bersejarah dan mengisytiharkan bahawa ramai yang menerima lawatannya ke sana.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi lima anggota dari Hamas, diketuai oleh pengerusi biro politiknya, Dr Walid Alamudi, di ibupejabat PKR pagi ini.

Semasa lawatan tersebut, NGO Aqsa Syarif menyumbangkan lebih AS$700,000 (RM2.175 juta) kepada delegasi Hamas itu untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang musnah dalam pengeboman Israel.

[Baca berita Penuh]

ADS