Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU13: Pelajar universiti boleh bertanding - Saifuddin

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku 1971 pada hujung tahun lepas membenarkan mahasiswa menyertai mana-mana parti politik dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

"Mahasiswa kini telah diberikan kebebasan menentukan hala tuju politik masing-masing, namun mereka mestilah bersandarkan kepada peraturan dan undang-undang negara.

    

"Suara mahasiswa untuk berpolitik didengari kerajaan, tetapi mereka perlu bijaksana memilih parti dan badan bukan kerajaan yang menepati aspirasi negara," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Temerloh hari ini, Saifuddin yang juga ahli parlimen Temerloh, menyarankan mahasiswa di negara ini menjadi pemerhati terlebih dahulu sebelum berhasrat bertanding dalam pilihan raya umum.

    

Beliau berkata terdapat 16 NGO yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum ke-13 dan mahasiswa disaran menyertai NGO berkenaan terlebih dahulu, sebagai pendedahan awal mereka dalam kancah politik negara.

    

"Sekalipun mereka berminat (untuk bertanding), namun adalah wajar bagi mereka menyertai mana-mana parti politik dahulu, sertailah parti politik yang boleh membawa pembangunan, kesejahteraan kepada rakyat," katanya

- Bernama

ADS