Anwar: PKR letak ramai calon wanita dalam PRU13

Terence Netto        

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya akan meletakkan lebih ramai calon wanita yang 'berkelayakan dan berkebolehan' dalam pilihan raya umum selaras dengan peranan wanita dalam usaha untuk menjana semula negara.

Menurutnya, wanita adalah rakan kongsi yang sama taraf dengan lelaki dalam membangunkan negara.

NONE Katanya, mereka menjadi isteri, adik-beradik atau anak perempuan dan "oleh itu apa-apa yang buruk yang berlaku kepada mereka mempengaruhi kita lelaki".

" Kami perlu membantu mereka membantu diri mereka, jika tidak, masa depan anak-anak kita akan bermasalah," katanya dalam ceramah 'Kebangkitan Wanita' di Seberang Jaya malam tadi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan akan menyenaraikan wanita dalam tugas penjanaan semula negara dengan memanfaatkan bakat dan keupayaan mereka.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In