Amalilio dipenjara guna pasport palsu

Manuel Karingal Amalilio - 'saudara jauh' Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina -  dihukum dua tahun penjara kerana memiliki pasport palsu selepas perbicaraan diadakan di wad Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu semalam.

Juga dikenali sebagai Mohammad Kamal bin Sa'aid, ahli perniagaan yang berusia 47 tahun itu mengaku bersalah memiliki pasport palsu Filipina di bawah nama Amililio Manuel Karingal, demikian menurut laporan New Straits Times.

NONEDia dimasukkan ke hospital kerana masalah hati pada hari Sabtu dan perbicaraan yang didengar oleh Majistret Nuruhuda Mohd Yusof telah diadakan di wad hospital tersebut.

Dia diwakili oleh peguam Khairul Othman.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan bahawa mengikut fakta yang diberikan oleh pegawai pendakwa Azwal Azman, polis menahan Amalilio pada jam 5.30 petang 25 Januari di pintu masuk berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Bercanggah dengan apa yang didakwa pihak berkuasa Filipina, siasatan polis Malaysia mendedahkan dia seorang rakyat Malaysia, tetapi mendapat pasport palsu Filipina.

Amalilio melarikan diri ke Sabah selepas dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 rakyat sebanyak 12 bilion peso (RM895 juta) melalui syarikatnya, Aman Futures Group di Visayas dan Mindanao Aman.

'Dia rakyat Filipina'

Sebelum ini, Setiausaha Luar Filipina, Mar Roxas mendakwa bahawa dokumen yang dikumpulkan oleh agensi penguatkuasaan Filipina, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, membuktikan dia seorang rakyat Filipina.

NONERoxas (kanan) juga mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang Amalilio manakala Presiden Filipina Benigno S Aquino III berikrar untuk membawa Amalilio kembali ke republik itu untuk menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut kepada Filipina media, polis Sabah menyekat deportasi Amalilio pada 24 Januari, 10 minit sebelum dia hendak menaiki kapal terbang ke Manila bersama ejen Biro Siasatan Nasional Filipina dan empat ejen tersebut tidak diberikan sebab yang jelas untuk campurtangan saat-saat akhir.

Musa kemudiannya mengaku bahawa Amalilio adalah "saudara jauh" tetapi menafikan beliau telah campurtangan dalam deportasi Amalilio.

Walaupun Musa tidak menjelas lanjut, tetapi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu akhbar Filipina daily bahawa ibu Amalilio itu adalah sepupu Musa.

"Ibunya adalah Zubaidah Omar, sepupu Musa. Aman (bapa Musa) dan Omar (bapa Zubaidah) dua beradik," Anwar dipetik sebagai berkata oleh The Star Filipina.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.