Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan keyakinannya bahawa prestasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dalam pilihan raya kali ini akan lebih baik daripada 2008.

Secara berjenaka beliau memberitahu satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini bahawa ianya tidak mustahil, tetapi bukan mudah.

NONE "Kami mahu jujur tentang hal ini kerana terdapat pihak yang mungkin berfikir bahawa kita sombong," katanya.

"Kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya sambil menambah di Pulau Pinang terdapat juga masalah seperti perumahan dan tanah.

Muhyiddin juga membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwanya 'memonopoli' perkataan Pulau Pinang, dengan berkata Lim datang dari Melaka tetapi mahu memonopoli negeri itu, manakala rakyat tidak boleh melakukannya.

Katanya, berdasarkan kaji selidik BN di setiap kawasan, terdapat perubahan yang jelas di kalangan pengundi berbanding masa lalu di mana gabungan itu kehilangan beberapa kerusi.

Beliau menegaskan bahawa terdapat "kesedaran baru" bahawa sokongan rakyat mula kembali kepada BN.

"Pada masa lalu, kita kalah bukan kerana pembangkang (Pakatan Rakyat) kuat tetapi terdapat isu-isu dalaman dalam kawasan pilihan raya yang kini telah diselesaikan," katanya.

"Terdapat juga perkembangan baru dan inisiatif oleh kerajaan persekutuan selaras dengan pelan transformasi pada tahun lalu, termasuk memberi bantuan kepada kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya.

"Jadi mereka melihat bahawa BN benar-benar mahu membantu dengan ikhlas untuk meringankan beban mereka, sebagai contoh, memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah," tegas beliau.

Malah, tambahnya, inisiatif tersebut digeruni pembangkang tetapi ia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, "jadi kita lihat ada peningkatan dalam sokongan bagi BN."

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari bekerja ke Pulau Pinang hari ini, di mana beliau telah diberi taklimat oleh BN negeri mengenai status semasa persediaan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS