Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian dapati individu 100 tahun didaftar pengundi baru
Diterbitkan:  Feb 6, 2013 9:58 AM
Dikemaskini: 12:30 PM

Bagi kira-kira 160 rakyat Malaysia, mereka belum terlalu tua untuk mencuba sesuatu yang baru, termasuk mendaftar sebagai pengundi selepas menyambut ulang tahun mereka ke-90.

Satu kajian yang dilakukan oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati lebih 160 orang yang berumur 90 dan ke atas, termasuk beberapa orang yang berusia 100 tahun, telah mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum lepas.

Dalam siri laporan yang diterbitkan di blognya, Merap berkata terdapat 143 warga emas berusia 90 dan ke atas dan termasuk beberapa orang berusia 100 tahun,  ditambah ke dalam daftar pemilih antara pilihan raya umum 2008 dan suku ketiga 2011.

azlan Menurutnya, Merap mendapati walaupun terdapat usaha

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengeluarkan pemilih yang meninggal dunia, tetapi seolah-olah terdapat satu usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk terus mendaftar mereka yang tidak mungkin masih hidup.

Senarai itu termasuk seorang pengundi wanita berusia 103 tahun yang telah didaftarkan oleh sebuah agensi kerajaan pada tahun 2011.

Bagaimanapun satu semakan bulan lepas mendedahkan nama pengundi ini, Piah Nyat, telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

"Walaupun mungkin pengundi ini telah meninggal dunia sejak pendaftarannya, ia lebih berkemungkinan pengundi ini sudah meninggal dunia pada masa pendaftaran dibuat," kata Merap.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid greeting voter Menurut kajian itu, pengundi baru kedua tertua, berumur 99

ketika mendaftar pada tahun 2010 dan berusia 102 tahun ini, masih menjadi seorang pengundi di Parlimen Bukit Mertajam.

Dua lagi pengundi, yang berusia 98 apabila mereka masing-masing mendaftar pada tahun 2010 dan 2011 dan kini berusia 101 dan 100 tahun, masih menjadi pengundi di kawasan masing-masing, di Kulim Bandar Baharu dan Kuala Terengganu.

Pada suku ketiga dan keempat 2012, terdapat 19 lagi pengundi seumpama itu ditambah kepada daftar pemilih termasuk dua orang yang masing-masing berusia 103 dan 104 tahun, yang didaftarkan pada suku keempat.

azlan Selain pendaftaran baru, kajian itu juga menunjukkan 13

pengundi yang berusia melebihi 90 menukar alamat mengundi mereka dalam dua suku berkenaan.

Menurutnya, walaupun SPR telah mengambil beberapa inisiatif untuk  memadam nama pengundi yang tua atas sebab-sebab  kematian, apa yang tidak dapat disangkal ialah ada pihak-pihak  yang berkepentingan tertentu secara konsisten membekalkan pendaftaran pengundi baru yang sudah tua, kepada SPR.

"Ejen mengundi harus berwaspada dan mengesan pengundi berusia 90 dan 100 tahun yang mengundi untuk kali pertama dalam hidup mereka yang seusia itu," demikian kesimpulan Merap.

Merap diketuai Ong Kian Ming, seorang pensyarah dan penganalisis politik di Universiti UCSI yang menyertai DAP tahun lepas. Organisasi itu berusaha mengenal pasti masalah dalam daftar pemilih dan mencari jalan untuk membetulkannya.

[Baca berita penuh]

ADS