Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Saudagar karpet Deepak Jaikishan berkata beliau akan memohon agar peguam negara memberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 apabila beliau mendedahkan kes penyelewengan didakwa melibatkan pemimpin negara kelak.

Deepak berkata, beliau memutuskan demikian selepas dinasihati para pemimpin PAS yang ditemui dalam satu perjumpaan di pejabat agung parti itu hari ini.

NONE Katanya, pemimpin berkenaan juga memberitahunya bahawa beliau tidak memerlukan jaminan imuniti daripada kerajaan memandangkan keselamatan saksi sudahpun terjamin dalam peruntukan tersebut.

"Saya meminta pertolongan daripada PAS kerana saya tidak akan mendapat apa-apa pertolongan bawah kerajaan Najib.

"Saya mengikut cadangan yang telah diberikan. Saya akan menulis surat kepada peguam negara, dan harap beliau akan menjawab serta merta," katanya dalam sidang media.

Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, peguam Asmuni Awi, Penolong Setiausaha Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad.

Asmuni berkata beliau sendiri akan menulis surat kepada peguam negara bagi memastikan ahli perniagaan itu diberikan perlindungan daripada tindakan "yang mungkin boleh menunjukkan dia bersalah".

 

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata Deepak secara automatik akan gugur status sebagai pemberi maklumat sekiranya membuat pendedahan tersebut kepada umum.

Katanya, akta berkenaan hanya memperuntukkan perlindungan sekiranya saksi memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau kepada polis.

Sementara itu, Deepak berkata beliau turut dipanggil polis minggu lalu untuk memberi keterangan sebagai saksi berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Mereka mahukan pengesahan daripada saya, sama ada saya tahu siapa yang melakukan pembunuhan. Dan sama ada saya sedar siapa yang terlibat."

ADS