Jangan bersungut isu angpau RM150, kata DBKL

MP Cheras Tan Kok Wai mempersoalkan jumlah sumbangan angpau Tahun Baru Cina kepada penghuni pangsapuri kerajaan, yang berkurangan kepada RM150 tahun ini.

Walhal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengagihkan RM300 kepada setiap keluarga miskin berkenaan untuk sambutan perayaan masing-masing, katanya.

NONETan dalam satu sidang media bersama 10 orang wakil keluarga tersebut berkata, DBKL sepatutnya menambah jumlah bantuan angpau 1Malaysia itu kepada RM500 dengan mengambil kira keadaan inflasi.

Padahal, DBKL dengan peruntukan sebanyak RM2.18bilion, sering berbelanja mewah seperti untuk unit penguatkuasan termasuk pasukan berkuda, katanya.

"Namun, ia tidak sanggup membelanjakan RM300 sebagai angpau atau secara keseluruhannya RM135,000 untuk 450 keluarga miskin," katanya.

an berkata beliau tidak berjaya mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut daripada pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu, timbalan ketua pengarah DBKL Mohd Amin Nordin Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa jumlah pemohon bantuan tersebut telahpun meningkat.

Maka, jumlah yang diagihkan itu juga perlu mengikut peruntukan ditetapkan, katanya.

Tambahnya, DBKL mula mengedarkan sumbangan sebanyak RM150 untuk sambutan Hari Raya dan Deepavali pada tahun lalu tetapi tidak menerima apa-apa sungutan.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.