Sudah meninggal, antara yang dinaik pangkat

Bernama        

Seorang lelaki yang sudah meninggal dunia setahun adalah antara 422 pegawai perkhidmatan awam dinaikkan pangkat oleh Kerajaan Petadbiran Aceh baru-baru ini, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Kesilapan itu hanya disedari setelah surat keputusan kenaikan pangkat para pegawai berkenaan  yang dikeluarkan itu, didapati mengandungi nama Rahmad Hidayat, yang sudah meninggal dunia.

"Kami terperanjat ada nama Rahmad Hidayat dalam pelantikan itu, padahal dia sudah meninggal  dunia pada Januari 2012. Kami tidak tahu penyakitnya, tetapi Allahyarham pernah mengalami pendarahan otak," kata seorang rakannya yang enggan menyebut nama," lapor akhbar harian  Kompas, hari ini.

Ketua Badan Perjawatan Pendidikan dan Latihan (BKPP) Aceh, Nasrullah yang mengesahkan  kesilapan itu, percaya ia berlaku kerana pihak yang mencadangkan kenaikan pangkat pegawai  itu tidak mengetahui bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Ketua Badan Perundangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Abdullah Saleh berkata kesilapan  yang berlaku itu mencerminkan buruknya sistem pentadbiran pegawai dan makanisme BKPP Aceh dan perkara itu mengecewakan orang ramai dan DPR Aceh.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In