Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan perlu meminda perlembagaan jika ia mahu melucutkan kerakyatan peguam, seperti Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga, yang menentang kerajaan.

"Untuk melucutkan kerakyatan seseorang, anda perlu meminda perlembagaan.

NONE

"Dan untuk meminda perlembagaan, anda memerlukan majoriti

dua pertiga di Parlimen," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Jadi, saya meminta anda memberi majoriti dua pertiga kepada kerajaan BN," katanya ketika menjawab soalan selepas memberi ceramah mengenai keselamatan negara dan perlembagaan di Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya bagaimana kerajaan hendak melucutkan kerakyatan peguam seperti pemimpin Majlis Peguam dan Ambiga, yang terus mencabar kerajaan dan mempersoalkan perlembagaan.

Bagaimanapun, Mahathir tidak menyatakan secara khusus apa yang beliau maksudkan dan bahagian perlembagaan yang perlu dipinda.

Pada masa ini, rakyat Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jika dia mendapat kerakyatan dari negara lain atau melaksanakan hak eksklusif kepada warganegara negara lain selain Malaysia, seperti mengundi atau menggunakan dokumen perjalanan negara lain.

Ini diperuntukkan di bawah Perkara 24 perlembagaan persekutuan.

[Baca berita penuh]

ADS