LGE: Najib sepatutnya sudah jangka jawapan 'Tidak'

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri sepatutnya sudah dapat menjangka reaksi daripada kumpulan hadirin di majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang semalam, sebelum bertanya sama ada mereka sedia untuk memilih BN.

"Dia sepatutnya sudah menjangka jawapan tersebut, ia adalah disebabkan janji tidak ditepati BN," kata Lim kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir di majlis rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina di Times Square Pulau Pinang hari ini.

Beliau mengulas tindakan sebahagian pengunjung di majlis BN tersebut semalam, yang menjawab "Tidak" apabila ditanya Najib sama sedia memilih BN.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Najib yang kembali mengulangi janji BN untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas Pulau Pinang senfan membina monorel.

"PM bercakap mengenai sistem pengangkutan awam. Saya mahu tanya; tidakkah ini berita kitar semula?," soalnya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.