Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Kempen MyDaftar bantu golongan tiada pengenalan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kempen MyDaftar bagi membantu golongan tidak memiliki dokumentasi pengenalan diri sebagai khidmat yang memanfaatkan ribuan penduduk di negara ini.

    

Beliau berkata kempen yang dilancarkan bagi menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India di negara ini telah menerima pengiktirafan khas dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    

"Kempen MyDaftar untuk menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India menerima pengiktirafan PBB. Satu perkhidmatan yang memberi manfaat kepada beribu-ribu orang," kata Najib dalam tweet beliau semalam.

Kelmarin, ketua penyelaras Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Datuk N. Sivasubramaniam berkata PBB mengiktiraf kempen tersebut atas langkah ikhlas kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan dokumentasi kepada mereka yang belum memilikinya.

    

Najib melancarkan Kempen MyDaftar peringkat kebangsaan pada Februari 2011 bagi membantu menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India yang tidak mempunyai sijil kelahiran, kad pengenalan diri atau kewarganegaraan.

- Bernama

ADS