Khalid tetap yakin walaupun tak ramai hadir majlis CNY

Menteri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap yakin mampu mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun kehadiran di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PKR cabang tersebut hari ini tidak seramai majlis yang sama anjuran MCA.

khalid ibrahim cny open house selangorKhalid (kanan) adalah ahli Parlimen Tun Razak MP dan ADUN Ijok.

Bandar Tun Razak - satu daripada 10 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - menjadi tumpuan utama yang mahu dirampas semula oleh MCA  dalam pilihan raya umum akan datang.

Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini di Bukit Anggerik, menarik kira-kira 1,000 orang, berbanding 10,000 orang yang membanjiri rumah terbuka MCA peringkat nasional Ahad lepas.

Khalid, bagaimanapun, mendakwa rumah terbuka hari ini menarik kira-kira 4,000 orang.

Khalid berkata, kehadiran tidak mencerminkan kecenderungan politik di Bandar Tun Razak, kerana ramai yang menghadiri majlis MCA itu adalah orang luar.

"(Kehadiran) tiada masalah kerana banyak bas membawa orang ramai (ke majlis MCA). Mereka bukan pengundi di Bandar Tun Razak. Penduduk Bandar Tun Razak adalah bijak bila datang pilihan raya," katanya.

khalid ibrahim anwar ibrahim cny open house selangor crowdMengimbau kemenangannya pada tahun 2008 menewaskan timbalan menteri, Datuk Tan Chai Ho dari MCA, Khalid mendakwa beliau mempunyai peluang lebih daripada peluang 60 peratus untuk mengekalkan kerusi tersebut.

"Pada pilihan raya umum lepas, kita menjangka ianya pertandingan 50:50 tetapi hasilnya ternyata menjadi 60:40.

"Kali ini,  saya menjangka ianya menjadi lebih baik daripada 60 peratus, jadi keputusannya akan menjadi lebih baik daripada itu, "katanya.

Khalid menewaskan Tan dengan majoriti 2,515 undi pada pilihan raya umum lepas. Khalid mendapat 28,123 undi manakala Tan memperolehi 25,608 undi.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.