'Kenyataan palsu' dakwa PM letak jawatan dipadam

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.