Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UM pinda forum p'raya, ganti panelis Pakatan

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) hari ini meneruskan forum mengenai pilihan raya anjurannya hari ini dengan beberapa perubahan, walau kerajaan mengenakan tekanan supaya membatalkan program tersebut.

Pengarah Umcedel Mohammad Redzuan Othman memberitahu para hadirin di forum berkenaan bahawa arahan berkenaan dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri dan kementerian pengajian tinggi.

Katanya, beliau menerima satu kiriman SMS yang meminta agar program itu dibatal, sekembalinya dari London dua minggu lalu.

"Saya diberitahu ini adalah arahan daripada PMO dan Kementerian Pengajian Tinggi... Tiada alasan diberikan," katanya di dewan syarahan di Universiti Malaysia, Kuala Lumpur pagi ini.

Mohammad Redzuan, yang merupakan dekan fakulti seni dan sains sosial berkata beliau kemudiannya mendapatkan nasihat naib canselor universiti.

Naib canselor UM itu menyokong dan meminta beliau memutuskan perkara itu, katanya lagi.

"Selepas berbincang dengan rakan sekerja saya, kami memutuskan untuk membincangkannya dengan cara akademis," katanya lagi.

Program itu sepatutnya turut menampilkan ahli politik Pakatan Rakyat – naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, naib presiden PAS Datuk Husam Musa – selain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan MP Hulu Selangor P Kamalanathan.

Forum itu dipromosi dengan tajuk yang akan membincangkan sama ada BN atau Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum ke-13.

Sesi berkenaan bagaimanapun dibatalkan dan diganti dengan sesi baru yang membariskan ahli akademik.

Acara itu juga menampilkan pembentangan Mohammad Redzuan dan juga perbincangan dengan personaliti media – ketua pengarang laman web Harakah Zulkifli Sulong, penasihat eksekutif redaksi Sinar Harian Abdul Jalil Ali dan ketua pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

[Baca berita penuh]

TONTON MALAYSIAKINI.TV

 

ADS