Pakatan lancar manifesto bersama minggu depan

Dengan pelancaran manifesto bersama yang dijadualkan minggu depan, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sudah bersiap siaga untuk memulakan kempen pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata pelancaran manifesto itu
menandakan permulaan kempen Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau menjelaskan hasrat mereka adalah untuk mengarahkan kempen pilihan raya dan debat ke arah perkara-perkara dasar dan perbincangan yang lebih matang.

Beliau berkata pihaknya mahu memastikan kempen PRU kali ini akan memfokuskan isu-isu dan dasar-dasar rakyat, bagi berdepan dengan yang didakwanya fitnah perkauman biasa yang biasa dibawa oleh BN.


[Baca berita Penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.