Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesta Chap Goh Mei, BN S'gor sasar 80,000 pengunjung

Barisan Nasional (BN) Selangor menyasarkan kehadiran kira-kira 80,000 pengunjung pada sambutan 'Pesta Chap Goh Mei Sayangi Selangor' yang dijadual berlangsung di i-City di Shah Alam Sabtu ini.

    

Pengerusi pengelola sambutan, Datuk Ching Eu Boon berkata pesta dari jam 7.30 malam hingga 10.30 malam itu akan dimeriahkan dengan pelbagai program menarik seperti tarian singa, tarian naga, persembahan akrobatik yang diundang khas dari China dan persembahan bunga api pada kemuncak acara.

    

"Pesta Chap Goh Mei ini dianjurkan untuk menunjukkan keamanan dan kestabilan yang dikecapi negara selain merapatkan hubungan antara anggota keluarga.

    

"Semua pengunjung terutama golongan muda dijemput datang beramai-ramai pada acara yang akan dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai," katanya dalam satu sidang media hari ini.

    

Ching yang juga Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor berkata selain itu, 1,888 biji limau lokam akan diedarkan kepada pengunjung sebagai simbol perpaduan dan keharmonian yang dikecapi semua kaum di negara ini.

    

Beliau berkata sempena pesta itu, BN Selangor dengan kerjasama syarikat I-Berhad menyediakan 1,000 tiket percuma taman tema air Waterworld@i-City bernilai RM50 yang boleh didapati dengan melayari laman web www.i-city.my mulai 7 malam hingga 11 malam pada hari berkenaan.

    

- Bernama

ADS