Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M akui beri keterangan bercanggah, nafi tak cakap benar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dalam perbicaraan kes menipu membabitkan bekas menteri pengangkutan, Dr Ling Liong Sik hari ini bahawa beliau telah memberikan keterangan yang bercanggah, tetapi menafikan beliau seorang saksi yang tidak bercakap benar.

NONE Memberi keterangan dalam perbicaraan Ling, yang dituduh menipu

dalam urusniaga tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Mahathir mengakui beliau telah tersalah menyatakan harga tunai tanah tersebut, iaitu RM25.82 sekaki persegi (skp), semasa pendengaran tahun lepas.

Beliau kemudian membetulkan angka itu kepada RM21 psf semasa pemeriksaan balas oleh Ketua Pendakwa yang juga Timbalan Ketua peguamcara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah apabila perbicaraan di sambung semula semalam.

"Saya mungkin telah salah gunakan istilah 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', tetapi saya perlu akui saya bukan seorang akauntan," kata Mahathir kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmadi Aswani.

Bagaimanapun, Tun Majid kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir, yang merupakan saksi keempat pembela.

Tun Majid berkata, tidak perlu menjadi seorang akauntan, peguam atau doktor untuk memahami perkataan 'tunai'.

Malah, katanya, budak sekolah pun tahu perkataan itu, dan menyarankan kepada Mahathir bahawa beliau tidak bercakap benar.

Mahathir bagaimanapun menafikannya sambil menegaskan bahawa beliau mungkin telah menggunakan istilah itu secara tidak tepat kerana beliau tiada biasa dengannya.

Mantan perdana menteri itu menambah, budak sekolah mungkin memahami 'tunai', tetapi mungkin tidak faham 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', sambil menambah, beliau mungkin macam mereka pada masa itu. [Baca berita Penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam prosiding hari ini, Dr Mahathir memaklumkan cadangan harga pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikemukakan Dr Ling adalah lebih rendah berbanding penilaian semula oleh Jabatan Penilaian dan

 Perkhidmatan Harta (JPPH).

   

Dr Mahathir berkata berdasarkan surat bertarikh 29 Jun 2002 yang dihantar Dr Ling kepada beliau, kadar pembelian tanah adalah RM25 skp manakala penilaian semula JPPH pada Okt 2000 ialah RM25.85 skp.

   

Bekas perdana menteri itu juga berkata Dr Ling tidak mengelirukan beliau.

Katanya, projek PKFZ adalah perkara mendesak dan Kabinet akhirnya memutuskan untuk membeli tanah itu daripada pemiliknya 2002.

   

"Ia tertangguh lebih tiga tahun. Peguam Negara memberi komen berhubung kemungkinan berlaku tipu muslihat dalam projek ini, ada juga idea berhubung pengambilan tanah secara wajib, dan terdapat banyak rayuan," katanya.

   

Beliau juga berkata Jebel Ali (seorang pelabur) telah menarik diri dan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

   

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

   

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000.

   

 Ling, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

   

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung esok.

 

ADS