BERSIH: Ada rancangan niat jahat di sebalik filem 13 Mei

Gabungan BERSIH mengutuk tayangan tertutup filem Tanda Putera semalam dan mendakwa ia meneruskan politik berasaskan ketakutan dan merupakan "satu langkah ke belakang" dalam wacana politik negara.

"Walaupun kita belum lagi menonton filem tersebut, kita difahamkan terdapat bahagian dalam filem itu yang tidak sihat yang boleh mencetuskan kebencian dan kesangsian antara kaum.

"Kami merasakan terdapat niat jahat di sebalik tayangan filem tersebut, seperti menakut-nakutkan pengundi supaya mereka akan terus menyokong BN.

NONE"Kami merasakan bahawa amalan ini adalah tidak sihat. Apa yang kita
mahu ialah persaingan yang sihat, berdasarkan dasar-dasar mengenai perubahan, kesihatan, pendidikan, pembangunan dan lain-lain. Itulah apa yang kita mahu - perbahasan," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH,Toh Kin Woon (kiri) dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, itu lebih baik daripada membangkitkan rasa takut supaya pengundi boleh membuat pilihan mereka selepas membandingkan dasar-dasar parti yang bertanding.

Filem kontroversi itu, yang masih belum ditayang kepada umum, ditayangkan kepada kira-kira 3,000 peneroka Felda semalam di atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Filem itu adalah mengenai hubungan bapa Najib dan Perdana Menteri ketika itu, Abdul Razak Hussein dengan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagaimanapun, para pengkritik telah berkata bahawa gambaran dalam filem tersebut mengenai rusuhan itu, terlalu bergantung kepada versi rasmi peristiwa berkenaan.

Pengarahnya, Shuhaimi Baba telah mempertahankan filem itu, dengan mengatakan bahawa ia akan membantu negara pulih daripada trauma Mei 13.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.