MP mahu disiasat kekayaan, hubungan politik Amalilio

Ahli Parlimen (MP) pembangkang hari ini menggesa supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan Manuel Amalilio serta hubungannya  dengan pegawai dan ahli politik di Malaysia.

Dia dikehendaki Manila atas dakwaan menipu lebih 15,000 orang membabitkan RM895 juta.

Amalilio, yang juga dikenali sebagai Mohamad Kamal Suffian Said, baru-baru ini dihukum penjara dua tahun kerana memilik pasport palsu.

tian chua kampung railway residents protest 3MP PKR Batu Tian Chua (kanan) serta beberapa MP pembangkang termasuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Ukin dan Sivarasa Rasiah, menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk menyerahkan Amalilio kepada pihak berkuasa Filipina.

Mereka berkata Malaysia mesti menghormati pendirian Filipina bahawa Amalilio mempunyai pasport Filipina yang dikeluarkan secara sah.

Malaysia bagaimanapun mesti berhak untuk berurusan dengan isu Kewarganegaraan Malaysia Amalilio, dengan mengambil kira dia mempunyai pasport Filipina.

Mereka juga mahu Peguam Negara segera mengambil semua langkah-langkah untuk membolehkan mahkamah Filipina meneruskan Pendakwaan terhadap Amalilio.

"Sejak dua minggu yang lalu, beberapa pegawai kanan termasuk peguam negara dan menteri luar memberi isyarat kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Filipina," kata Tian Chua.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan Malaysia tidak menunjukkan komitmen tegas untuk menyerahkan Amalilio kepada pihak berkuasa Filipina.

[Baca berita penuh]

TONTON MALAYSIAKINI.TV

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.