Xenophon: Wanita BN tuntut penjelasan Wan Azizah

Wanita Barisan Nasional (BN) mahu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan dakwaan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang, bertanggungjawab menjemput Senator Nick Xenophon dari Australia datang ke Malaysia.
    
Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa kehadiran Xenophon di negara ini membawa kepada agenda dan unsur negatif kepada negara, yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia.
    
"Wanita BN juga menyokong tindakan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkan kemasukan Xenophon ke Malaysia serta menggesa tindakan tegas seperti ini diteruskan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak tergugat," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.