7 Mac sama ada wartawan perlu dedah sumber

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 7 Mac ini sama ada wartawan Joseph Sipalan akan dikehendaki mendedahkan sumbernya berkaitan pertikaian sivil di antara Presiden Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berhubung Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

azlanPeguam Tiong dan Ong serta peguam Joseph Bhag Singh, telah bertemu Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam kamar berhubung perkara itu.

Joseph, 32, yang telah menulis artikel bertajuk 'Chua and Tiong in cahoots?' semasa beliau berkhidmat dengan akhbar New Straits Times, kini bertugas dengan The Star.

Artikel tersebut diterbitkan pada 6 September 2009, selepas beliau menemubual tujuh hingga lapan anggota jawatankuasa pusat MCA dan ahli jawatankuasa negeri yang tidak mahu nama mereka disebut.

Tiong diwakili peguam Prem Ramachandran, manakala Chan Tze Yuen mewakili Ong, yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Hakim Lau menetapkan tarikh itu selepas bersetuju untuk menetapkan tujuh hari mulai hari ini untuk Joseph memfailkan jawapan bertulis terhadap permohonan yang dibuat oleh peguam Tiong untuk memaksa wartawan itu untuk mendedahkan sumbernya.

Peguam Tiong telah membuat permohonan rasmi pada 15 Februari untuk Joseph mendedahkannya di mahkamah.

Ini mungkin kali pertama dalam sejarah perundangan Malaysia di mana wartawan dikehendaki oleh seorang peguam dalam kes mahkamah sivil untuk mendedahkan nama sumber.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.