S'gor tawar RM9.65b untuk ambil alih konsesi air

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menyerahkan surat untuk tawaran Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air bagi mengambil alih perkhidmatan air di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri membenarkan KDEB membuat tawaran tersebut kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd (ABASS) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Harga yang ditawarkan untuk mengambil alih setiap syarikat tersebut akan diumumkannnya selepas jam 5 petang ini.

"Kerajaan negeri berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang terknyata gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan berharap semua pengusaha air termasuk Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini.

"Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti yang mereka miliki berbanding dengan pulangan lazim bagi industri air iaitu hanya enam peratus," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat exco di Shah Alam hari ini.

[Berita penuh menyusul]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.