Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi mahu teliti butiran pembelian tanah Boustead
Diterbitkan:  Feb 20, 2013 2:49 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Setelah membeli saham dalam Boustead Holdings Bhd, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kini berada di Menara Boustead, untuk meneliti butiran pembelian kontroversi oleh syarikat itu membabitkan 81 hektar tanah di Bukit Raja melalui sebuah syarikat milik peniaga permaidani, Deepak Jaikishian.

NONE Rafizi (kiri) berkata beliau mahu tahu sama ada Boustead prihatin

dalam pembelian tanah tersebut.

Jika pembelian itu tidak dilakukan secara yang betul, Rafizi berkata, PKR akan mengkaji tindakan selanjutnya, termasuk kemungkinan mengambil tindakan mahkamah.

"Bagi saya, saya fikir pembelian itu dilakukan tanpa asas, kerana Boustead tidak mempunyai kepentingan terhadap tanah itu. Ini adalah saham syarikat pertama yang saya beli, dan ia mengambil sedikit masa kerana saya terpaksa membuka akaun depositori pusat untuk memperolehinya," katanya sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.

"Selepas membeli saham tersebut, pihak syarikat membolehkan pemegang saham tiga bulan untuk menjalankan carian dan inilah sebab saya berada di sini hari ini, selepas cuti Tahun Baru Cina," katanya.

Rafizi berkata beliau akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam melihat dokumen.

[Baca berita penuh]

ADS