Manila diminta nyata pendirian tentang isu Sabah

Seorang senator Filipina menggesa kerajaannya supaya segera menyatakandasar negara itu berhubung tuntutan satu wilayah ke atas Sabah, serta kebuntuan isu pencerobohan tentera Sulu di Sabah.

"Saya fikir sudah tiba masanya jabatan hal ehwal luar negeri memperjelaskan kedudukan dasar luar... sehingga itu, kita perlu menghentikan komen seterusnya kerana ini adalah isu yang sangat sensitif," kata Senator Antonio Trillanes IV yang dipetik Philippine Daily Inquirer.

"Ia melibatkan kehidupan rakyat kita di Sabah... kita perlu mempercayai pentadbiran Aquino bahawa ... ia akan mengambil pendirian dasar luar yang betul. Tetapi saya bercadang untuk bercakap dengan Presiden mengenainya dan berkongsi pandangan saya mengenai perkara itu. "

NONEBekas Filipina senator Ramon Magsaysay Jr telah mencadangkan
semalam bahawa Manila perlu menghalang sultan Sulu Jamalul Kiram daripada menambah ketegangan yang semakin meningkat di Sabah.

"(Dia) harus dihalang ... biarlah kerajaan Malaysia membiarkan mereka kembali ke sini," kata Magsaysay, yang pernah menjadi pengerusi jawatankuasa Senat mengenai pertahanan negara.

"Yang paling penting adalah penyelesaian secara aman tanpa menggoyang hubungan antara Malaysia dan Filipina."

Satu kumpulan bersenjata Filipina yang diketuai oleh adik Kiram, Agbimuddin Kiram, telah berkubu di sebuah kampung di pantai berhampiran Lahad Datu sejak 9 Februari, dan menuntut supaya dibuka semula rundingan antara kedua-dua kerajaan berhubung tuntutan ke atas Sabah.

Sultan Sulu bertegas bahawa Sabah adalah kepunyaan kesultanan tersebut sebelum wilayah itu diserah oleh penjajah British kepada Malaysia.

Walaupun Malaysia mendakwa ia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah, tetapi ia membayar sejumlah token kepada kesultanan tersebut setiap tahun sebagai "sewa" negeri itu, berikutan satu perjanjian antara pihak berkuasa penjajah British dan sultan.

Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo, yang mendakwa menjadi pengerusi negeri Palawan, sebahagian kesultanan Sulu, sebagai berkata, pengikut kesultanan itu mempunyai lebih ramai ahli di merata tempat di Sabah, berbanding yang ada di Lahad Datu.

Beliau berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Virtudazo berkata mereka adalah daripada "pasukan keselamatan diraja" kesultanan tersebut yang diambil daripada anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF) dan juga kumpulan Abu Sayyaf.

"Situasi menang-menang adalah bagi Malaysia bersetuju bersidang dengan Raja Mudah (putera mahkota) dan kesultanan Sulu. Kami menyokong rundingan terbuka," kata Virtudazo yang mendakwa beliau adalah menantu Agbimuddin.

NONEAkhbar tersebut melaporkan pasukan keselamatan Malaysia telah mula bergerak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein (memakai topi dalam gambar) berikrar tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan Malaysia.

Menurut Philippine Daily Inquirer, tempoh 24 jam lepas telah menyaksikan peningkatan aktiviti pasukan polis, tentera dan tentera laut dalam radius 24km di sekitar kampung Tanduao, berhampiran pekan Lahad Datu.

Tetapi pasukan keselamatan berada pada jarak lebih daripada 500 meter dari lokasi kumpulan tersebut yang berada berhampiran kuarters pekerja. Mereka memantau rakyat Filipina itu yang ada pada masanya pergi ke sebuah telaga yang terletak hanya 300 meter dari lokasi mereka untuk mendapatkan air.

Dalam satu analisis yang disiarkan semalam, akhbar itu menjelaskan bahawa waris sultan tersebut telah memutuskan untuk meningkatkan tuntutan mereka selepas berasa dikhianati dan dipinggirkan daripada proses damai antara pentadbiran Aquino dan MILF.

Abraham Idjirani, setiausaha agung dan jurucakap kesultanan tersebut berkata, keputusan untuk menunjukkan bukan hanya kehadiran fizikal tetapi pendudukan sebenar di Sabah, dibuat akhir tahun lalu, tidak lama selepas pentadbiran Aquino menandatangani Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro dengan MILF pada 15 Oktober.

NONEIdjirani berkata, sebelum menandatangani perjanjian rangka kerja itu, Pejabat Penasihat Presiden untuk Proses Perdamaian, menjemput waris sultan (kiri) untuk apa yang sepatutnya satu perundingan mengenai perjanjian damai dengan MILF.

Bagaimanapun perjanjian rangka kerja itu telah selesai tanpa mengambil kira kepentingan Kesultanan Sulu dan Borneo Utara.

"Selagi kerajaan tidak memasukkan sama kesultanan tersebut, maka tidak akan ada keamanan yang berkekalan di Mindanao," katanya.

Menurut Idjirani, ekoran tandatangan perjanjian rangka kerja dengan MILF itu telah menyatukan waris sultan dan keputusan mereka untuk meneruskan sendiri tuntutan mereka ke atas Sabah.

Beliau berkata, mesyuarat para waris berlangsung pada 11 November tahun lepas di rumah seorang saudara mereka.

Dalam mesyuarat itulah Kiram mengeluarkan perintah diraja yang membernarkan "perjalanan" adiknya ke Sabah.

[Baca berita Penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.