Wartawan Al-Jazeera ditahan di perairan Lahad Datu

Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.

Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.

Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.

Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.

Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.

Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang.

Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.