Kak Wan sokong kepimpinan Jui Meng di Johor

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan sokongan kepada Pengerusi parti itu di Johor, Datuk Chua Jui Meng dan menegur tindakan membangkitkan secara terbuka pertikaian mengenai agihan kerusi di negeri itu.

Pakatan dinner Wan AzizahWalaupun Wan Azizah tidak sebarang nama dalam satu kenyataan empat perenggan yang dikeluarkan hari ini, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada kecaman terbuka Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau terhadap Chua pada hari Isnin berhubung itu agihan kerusi.

Katanya, perbezaan pendapat yang wujud di antara parti-parti dalam Pakatan - sama ada berhubung rundingan agihan kerusi atau perkara lain - tidak perlu dibangkitkan secara terbuka, terutamanya menjelang pilihan raya.

Sebaliknya, Wan Azizah berkata, sebarang perselisihan dalam Pakatan perlu diselesaikan secara dalaman, seperti yang dinasihatkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini.

Lim mengeluarkan arahan tutup mulut kepada Boo pada hari Selasa, selepas ADUN Skudai itu menuduh Chua merosakkan hubungan antara PKR dan DAP di Johor untuk kepentingan politik beliau sendiri.

Wan Azizah menegaskan bahawa ketiga-tiga parti telah berjaya menembusi landskap politik Johor dan telah mewujudkan satu persefahaman mengenai isu-isu utama.

Oleh itu, katanya, kenyataan media yang negatif tidak membantu dan "boleh dieksploitasi oleh musuh kita."

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan PKR sentiasa mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap Chua untuk menerajui PKR Johor.

Katanya, Chua telah memberi sumbangan besar dalam kemajuan parti itu di Johor dan perlu terus diberi peluang untuk membawa perubahan yang berterusan di negeri untuk rakyat.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.