Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN FILEM Walaupun kabinet memutuskan supaya filem kontroversi Tanda Putera tidak ditayangkan sehingga selepas pilihan raya umum yang akan datang, namun pemimpin kabinet yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak, berminat untuk menayangkannya hanya kepada segmen terpilih rakyat Malaysia.

Sebabnya ialah kemungkinan filem itu menjadi 'pedang dua mata' - sebagai alat propaganda yang berkesan tetapi mungkin menyinggung perasaan kaum-kaum lain.

NONE Walaupun kaum Melayu dan Cina digambarkan bergaduh antara satu sama lain semasa rusuhan 13 Mei dalam filem itu, tetapi kaum Cina yang sering dipaparkan sebagai penyerang.

Filem tersebut bermula dengan sekumpulan orang Cina yang dilihat menjadi penyokong komunis, menyerang seorang pekerja parti, dan menggesa supaya pilihan raya umum 1969 diboikot.

Identiti mangsa kemudiannya didedahkan sebagai seorang ahli Umno dengan satu laporan berita dipaparkan bertajuk 'Pekerja parti Umno dibunuh'.

Satu suara latarbelakang kemudiannya menyatakan bahawa peserta perbarisan kemenangan telah melaungkan "Melayu balik kampung", yang telah menyakitkan hati orang Melayu dan sekaligus mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Ketika ketegangan meningkat, ia memaparkan sekumpulan pemuda Cina merosakkan bahan kempen dan kemudiannya ditembak oleh polis apabila melarikan diri, dan ini membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat Cina.

Kemudian, kumpulan penunjuk perasaan Cina yang marah, berkumpul dan pemimpin mereka meminta mereka jangan memberi sebab kepada polis untuk menangkap mereka kerana mereka boleh "membalas dendam" melalui pilihan raya umum, enam hari kemudiannya.

Selepas pilihan raya umum, ia menunjukkan beberapa adegan, yang diandaikan penyokong pembangkang berketurunan Cina, menuntut Selangor selepas penyandang Perikatan (sekarang BN) gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Para antagonis

Adegan menunjukkan sekumpulan Cina yang menaiki lori memasuki kampung Melayu, mengisytiharkan bahawa kawasan itu sekarang milik mereka, menyebabkan berlaku ketegangan dengan pihak polis yang cuba untuk mengelakkan berlaku pergaduhan.

Adegan lain menunjukkan sekumpulan pemuda Cina kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di luar kediaman Menteri Besar ketika itu, Datuk Harun Idris.

NONE Mereka mengisytiharkan bahawa Kuala Lumpur - yang pada masa itu masih sebahagian daripada Selangor - sebagai milik mereka dan menteri besar mesti keluar.

Dalam protes tersebut, mereka melaungkan slogan Cina. Seorang pegawai polis Melayu kemudiannya diberitahu bahawa kumpulan itu melaungkan "Melayu pergi mampus".

Dalam satu lagi adegan di Setapak, sekumpulan Cina enggan membenarkan dua pemuda Melayu bermotosikal melalui di situ, kerana mendakwa kawasan itu kini milik mereka, dan seterusnya memukul kedua-duanya apabila mereka berkeras, sehingga polis campurtangan.

Dua pemuda Melayu itu sempat lari sampai ke Kampung Baru di mana perhimpunan yang diketuai oleh Harun kemudian menteri besar Umno sedang berlangsung.

Marah dengan apa yang berlaku kumpulan orang Melayu itu bertindak balas terhadap sebuah kenderaan yang lalu di situ yang dipandu oleh seorang Cina dan dia telah dibunuh. Kemudian, kumpulan Cina pula bertindak balas dengan memburu orang Melayu.

Dalam adegan lain di sebuah pawagam, skrin tiba-tiba memaparkan perkataan dalam Mandarin meminta penonton Cina meninggalkan pawagam itu dan mereka berbuat demikian.

Seorang lelaki kemudian menjerit dalam bahasa Melayu bertanya mengapa terdapat perkataan Cina pada skrin dan menuntut tayangan diteruskan. Kemudian tiba-tiba, baki penonton dalam pawagam itu dibunuh.

Sepanjang ketegangan dan rusuhan kaum itu, terdapat seorang lelaki misteri Cina yang memantau kejadian itu, dan dia kemudiannya didedahkan adalah seorang pemimpin Komunis - membayangkan kemungkinan mereka ada kaitan mendalangi keganasan tersebut.

Ini mungkin berasal dari buku tulisan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bertajuk 13 Mei: Sebelum dan Selepas yang diterbitkan pada tahun yang sama rusuhan itu berlaku di mana beliau menyalahkan Komunis.

Langkah pencegahan alternatif

Bagaimanapun, filem itu juga berusaha untuk menggambarkan pemimpin Umno ketika itu mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk mencegah rusuhan kaum.

Sebelum perhimpunan Umno itu jauh menyimpang, Harun dipaparkan menegaskan bahawa perhimpunan tersebut harus aman dan menggesa peserta menyimpan senjata mereka.

Malah ketika peserta tidak dapat dikawal lagi selepas melihat dua pemuda yang berlumuran darah itu, Harun telah berkali-kali menjerit supaya mereka berhenti, sehingga beliau mengalami sakit dada.

may 13 forum 140507 kua kia soong Adegan itu nampaknya bercanggah dengan versi rusuhan 13 Mei tulisan Kua Kia Soong dalam buku bertajuk Mei 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969.

Buku Kua telah menyalahkan, antara lain, Harun yang didakwa merancang rusuhan itu dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Buku itu, yang berdasarkan kepada dokumen British yang didiklasifikasikan semula, mendedahkan laporan terperinci pemerhatian diplomat dan wartawan asing, menggunakan kiriman dalam negeri ini, tetapi diberi paparan negatif dalam filem tersebut.

Dalam satu adegan, sekumpulan wartawan asing dipaparkan bertengkar dengan seorang pegawai kerana mereka tidak dibenarkan keluar kerana perintah berkurung, dan kemudiannya berkata mereka akan menulis menggunakan "imaginasi" mereka kerana pergerakan mereka disekat.

Pengerusi Majlis Gerakan Negara yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri kedua, Abdul Razak Hussein ketika berdepan dengan seorang diplomat asing yang mempertikaikan angka korban rusuhan itu, menuntut sumber maklumat mereka, tetapi diplomat itu tidak dapat menjawab.

Gambaran adalah satu peringatan yang baik kepada penonton rusuhan kaum 13 Mei - versi seperti yang diceritakan, dan bayang-bayang ngeri yang sering dibangkitkan oleh pihak establishment.

Filem itu juga memberi tumpuan kepada kumpulan kelas pelajar berbilang kaum dan pensyarah mereka yang telah diancam oleh samseng Melayu dan Cina.

Walaupun usaha-usaha mereka untuk membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, mereka akhirnya hanyut disebabkan ketakutan kaum tetapi kemudian kembali semula ketika negara ditarik keluar dari dari sejarah hitam di bawah Perdana Abdul Razak.

Adegan-adegan di atas mengambil masa kira-kira satu jam dalam filem tersebut, manakala bahagian keduanya beralih kepada Abdul Razak dan Timbalannya Dr Ismail Abdul Rahman.

Memuja Abdul Razak

Walaupun ia juga menyentuh mengenai perjuangan menentang ancaman Komunis, Dasar Ekonomi Baru serta kemenangan BN dalam pilihan raya umum, ianya dibuat secara imbas kerana perhatian adalah kepada kedua-dua mereka.

NONE Kedua-duanya mengidap penyakit serius tetapi menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarga mereka dan berjuang untuk melaksanakan tugas mereka dalam jangka hidup mereka yang singkat itu.

Ia juga memaparkan persahabatan erat mereka, di mana dalam satu contoh, Ismail telah meminta Abdul Razak membawa doktor peribadinya ketika beliau menghadiri persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1973 di Kanada selepas mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya itu.

Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung ketika Abdul Razak berada di Kanada. Abdul Razak kemudian mahu Ismail dikebumikan di Makam Pahlawan.

Bahagian kedua ini juga memaparkan penderitaan yang dialami Abdul Razak akibat penyakit yang dihidapinya serta keadaan keluarganya berdepan dengan keadaan tersebut.

Apabila keadaan kesihatannya semakin merosot, salah seorang anak lelakinya, Johari, menghabiskan kebanyakan masa bersama bapanya itu tetapi terdapat sebutan "Jib" melalui perbualan telefon, yang dianggap mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

tun razak seminar 150607 najib Selepas kematian Abdul Razak, terdapat beberapa imbasan Abdul Razak bertemu dengan rakyat biasa dan bagaimana beliau menyelami kehidupan mereka.

Satu contoh ialah apabila beliau melawat sebuah sekolah dan terserempak dengan seorang guru yang memakai tali leher yang sudah koyak.

Beliau segera mengarahkan untuk kemudahan di sekolah itu dinaik taraf, para pelajarnya disediakan dengan keperluannya dan malah mendapatkan tali leher baru untuk guru berkenaan.

Paparan Abdul Razak dalam filem tersebut adalah simplistik, dengan sebahagian besarnya didedikasikan ke arah memuji bekas

perdana menteri yang telah menyelia beberapa dasar penting BM seperti Dasar Ekonomi Baru, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan skim Felda.

Tiada syak lagi bahawa filem tersebut sememangnya dibuat berdasarkan bahan penyelidikan tetapi hanya daripada versi rasmi.

Ia adalah umpama menyelak halaman buku teks sekolah menengah, yang berat sebelah dan cetek dalam penyampaiannya tetapi kurang mendalam atau memprovokasi fikiran.

Paparan filem itu juga bergema dengan mesej lama BN, tetapi menayangkannya kepada rakyat umum sekarang mungkin akan mengundang kontroversi dan perdebatan yang mungkin berisiko menjelang pilihanraya umum.


'CARRIE RINA' adalah nama samaran. Penulis adalah seorang peminat filem yang berpeluang menonton filem tersebut pada salah atu priviu yang diadakan untuk kumpulan yang berbeza sejak beberapa bulan lalu.

ADS