Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
8 tentera Indonesia mati ditembak penyerang tak dikenali

Lapan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali yang dipercayai dari kumpulan pemisah, di pos keselamatan di dua tempat, di daerah kecil Puncak Jaya, Papua pada hari Khamis.

    

Polis Indonesia berkata seorang anggota tentera ditembak mati di kawasan Tingginambut, manakala tujuh yang lain mati ditembak di kawasan Sinak, dalam kejadian serangan pada pukul 9.30 pagi dan 10.30 pagi itu.

    

TNI dalam kenyataan media menyatakan bahawa serangan itu dipercayai dilakukan kumpulan Gerakan Sivil Bersenjata Papua.

    

Sementara itu Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto mengecam keras kejadian serangan itu.

    

"Ini berlaku ketika kerajaan sedang berusaha mencapai perdamaian di Papua, mempercepatkan pembangunan, memberikan keistimewaan untuk Papua tapi masih diganggu tindakan tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta masyarakat, khususnya tokoh pemimpin, tokoh adat seperti ketua suku dan tokoh agama agar bekerjasama dengan kerajaan untuk menciptakan keadaan yang kondusif dan tidak terprovokasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

    

- Bernama

ADS