PKR lancar Institut Rakyat bantu rangka dasar

VIDEO l 1:23 min

PKR melancarkan Institut Rakyat hari ini - sebuah badan pemikir baru untuk membantu mereka menggubal dasar-dasar yang "diarah kepada keadilan sosial dan masa depan yang mampan".

institute rakyat pkr list of namesDi samping itu, ia juga akan menjalankan program-program
untuk mendidik belia menjadi lebih berkesan dalam aktivisme mereka.

Panel penasihat badan pemikir itu dianggotai lapan pemikir terkemuka, termasuk ekonomis yang juga bekas anggota Institut Penyelidikan PBB bagi Pembangunan Sosial, Jomo Kwame Sundaram; pakar undang-undang perlembagaan, Azmi Sharom; penerima anugerah CEO Malaysia 2010, Stanley Thai dan profesor media Zaharom Nain.

Pengarah Institut Rakyat, Wong Hoy Cheong berkata nasihat pakar, pengalaman profesional, intelektualisme dan pengalaman ilmiah mereka akan dimanfaatkan untuk melakarkan  halatuju badan pemikir tersebut.

"Kita perlukan dasar berasaskan bukti, bukan dasar yang dicipta, dan kemudian diikuti dengan 'bukti' dari mana-mana untuk menyokongnya."

Personaliti lain termasuklah ekonomis Azrul Azwar Ahmad Tajuddin  - ekonomis Bank Islam yang digantung perkhidmatannya - yang berkhidmat sebagai perunding penyelidikan institut itu, dan bekas CEO Maybank, Wan Azmi Wan Hamzah yang berkhidmat sebagai pengarah.

Institut itu dipengerusikan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas senator, Syed Husin Ali, sebagai timbalannya.

Walaupun berkaitan dengan PKR, Wong berkata, institut itu bergantung kepada sumbangan dan tidak menerima apa-apa pembiayaan dari pihak parti mahupun mana-mana kerajaan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.