MP, suami dan wartawan disiasat dakwaan fitnah jenayah

Ahli Parlimen Charles Santiago serta seorang pemandu lori dan seorang wartawan Malay Mail disiasat berkaitan dakwaan fitnah jenayah, berhubung laporan kematian seorang surirumah yang telah ditembak mati oleh beberapa anggota polis bulan lepas.

Polis hari ini merakamkan kenyataan Charles, pemandu lori itu, Foo Voon Kong dan wartawan berkenaan di pejabat ahli parlimen itu pagi ini.

"Mereka datang pada jam 9.15 pagi dan menemui kami bertiga. Mereka selesai merakam kenyataan kami pada jam 10.30 pagi," kata Charles.

"Polis telah mengklasifikasikan kes itu di bawah 500 Seksyen untuk fitnah jenayah," katanya, sambil menambah bahawa polis juga merampas laptop dan buku nota wartawan berkenaan.

Kesalahan bagi fitnah jenayah membawa hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Ia telah dilaporkan sebelum ini bahawa surirumah Pua Bee Chun, 22 - yang sedang duduk di tempat duduk penumpang kereta yang dipandu oleh seorang rakan lelaki - terbunuh selepas polis melepaskan 25 das tembakan pada kereta itu yang dilaporkan sebagai dicuri.

[Baca berita Penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.