Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan Bernama tentang EIU diangkat dari lamanweb pro-BN

Satu laporan baru-baru ini mengenai ramalan keputusan pilihan raya  umum oleh agensi berita nasional, Bernama , nampaknya telah diciplak dari  portal berita lain dalam talian yang menerbitkan sebuah artikel yang  hampir sama kira-kira dua minggu lebih awal.

EIU report Semakan Malaysiakini mendapati artikel Bernama yang bertarikh 21  Februari itu adalah hampir seperti disalin dari sebuah artikel yang  disiarkan pada 9 Februari oleh lamanweb pro-BN, The Choice  (kanan).

Versi Bernama itu telah disiarkan semula oleh media arus perdana  media talian, termasuk Malaysiakini, yang kemudiannya  dimaklumkan oleh seorang pembaca tentang  persamaannya dengan artikel dalam The Choice.

Kedua-dua artikel itu memetik badan pemikir Economist Intelligence Unit (EIU) sebagai berkata BN dijangka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Selepas diteliti kedua-dua artikel itu, mendedahkan bahawa Bernama menokok tambah tiga perenggan kepada versi yang disiarkan oleh The Choice.

Terdapat juga sekurang-kurangnya tiga ayat yang telah dipindahkan, manakala selebihnya merupakan perubahan kecil, seperti menukar istilah PRU13 kepada 'pilihan raya'.

Malaysiakini

telah menghubungi EIU dan The Choice , yang dikendalikan oleh sekumpulan penulis tanpa nama, untuk mendapat komen semalam tetapi masih belum menerima jawapan mereka.

NONE Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong berjanji untuk menyiasat perkara itu apabila dimaklumkan mengenainya oleh Malaysiakini.

Dalam satu kenyataan lewat hari ini, agensi berita nasional itu  menjelaskan bahawa apa yang yang dinyatakan oleh EIU dipetik dalam laporan Bernama kecuali berhubung fakta bahawa Bernama memetik sumber dari sebuah laman webyang melaporkan

perkara sama.

   

" Bernama memohon maaf kerana kekhilafan penulis yang memetik dari lamanweb sumber ketiga namun ia semata-mata bertujuan melaporkan ramalan yang dibuat oleh EIU," tambahnya.

Agensi berita nasional itu sebelum ini pernah dituduh mengubahsuai foto untuk dua peristiwa berasingan sepanjang tahun lalu, kedua-duanya didakwa untuk memberi gambaran jumlah hadirin yang ramai di majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yong (kanan) menafikan dakwaan pertama pada 5 September tahun lepas, tetapi pada 20 September mengakui bahawa dakwaan kedua itu adalah benar.

Beliau yang mendakwa insiden kedua itu sebagai satu sabotaj, dan Yong berkata pada masa itu, pihaknya memandang berat perkara itu dan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

ADS