Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga: Kami akan pastikan Najib pegang ikrarnya

BERSIH 2.0 akan memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpegang kepada ikrar integriti pilihan raya yang ditandatangani beliau baru-baru ini dengan badan pemantau urustadbir Transparency International Malaysia.

NONE "Kita akan pastikan Najib berpegang pada semua ikrar

tersebut," kata Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di forum mengenai perlembagaan dan urus tadbir di Kuala Lumpur hari ini.

Forum itu yang berlangsung di pusat sumber kumpulan aktivis Loyarburok, diadakan sempena pelancaran buku Profesor Andrew Harding bertajuk  The constitution of Malaysia: A contextual analysis.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Ambiga berkata ikrar tersebut tidak terikat di sisi undang-undang, tetapi pada kebiasaannya semua yang terpilih, atau yang mahu bertanding dalam pilihan raya, mesti bertindak secara bertanggungjawab dan berintegriti.

"Ini adalah mereka yang akan menjadi ahli parlimen," tambahnya.

Empat ikrar yang ditandatangani Najib ialah:

  • Calon mestilah melihat prinsip kebenaran, integriti, etika dan telus termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa cara perlakuan rasuah.
  • Calon mesti mempertahan dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya.
  • Calon mesti mempraktik urustadbir kerajaan yang baik dan ketelusan.
  • Calon mesti terikat dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.
[Baca berita penuh]

ADS