RCI: Pemastautin tetap mengundi dalam 3 p'raya

Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin.

"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.

Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.

Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.

Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.

"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.

Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.