'Moga kematian Sugumar yang terakhir di tangan polis'

Satu majlis berjaga dan memasang lilin diadakan malam semalam bagi memperingati tragedi kematian bekas pengawal keselamatan Sugumar Chelladuray yang didakwa mati dipukul empat orang polis di Hulu Langat bulan lalu.

30 wakil pertubuhan masyarakat sivil dan pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan majlis selama kira-kira 30 minit itu di kawasan Little India, Pulau Pinang dan berjaya mencuri tumpuan pengunjung kawasan itu yang membeli belah.

Naib presiden PKR, N Surendran memulakan majlis dengan mengumumkan bahawa majlis itu diadakan serentak dengan acara sama di Kuala Lumpur demi mencari keadilan buat Sugumar yang mayatnya kini dipercayai kian mereput dalam bilik mayat.

"Keluarganya tidak dapat menyempurnakan acara akhir kematian Hindu buat Sugumar kerana masih menanti bedah siasat kedua oleh ahli patologi forensik yang bebas," katanya sambil memegang sebatang lilin untuk memperingati kematian mendiang, genap sebulan lalu.

"Apa yang perlu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah membenarkan Dr Pornthip Rojanasunand untuk hadir ke Malaysia bagi melakukan bedah siasat," katanya sambil diperhatikan beberapa pegawai Cawangan Khas yang sibuk merakam ucapannya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.