Penceroboh Lahad Datu rela 'terus berjuang atau mati'

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

"Terus berjuang atau mati," kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan," tambahnya.

Manila semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu namun Agbimuddin menegaskan 'Pasukan Keselamatan Diraja' tidak akan berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga "isu itu diselesaikan".

Kapal berkenaan dijadualkan tiba di pesisir Lahad Datu hari ini.

Kumpulan dari Filipina itu berusaha untuk menduduki satu kawasan pesisir pantai di daerah Lahad Datu, yang didakwa pernah menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan Sulu.

Mereka dikepung pasukan keselamatan sejak 12 Februari di kawasan tersebut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.