Pakatan akui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan

Pakatan Rakyat mengakui 'terlepas pandang' isu tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak yang didapati tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.
 
"Asalnya memang ada begitu (tuntutan royalti kepada negeri pengeluar minya). Apabila dicetak tidak ada. Berlaku kesilapan (di pihak pencetak) . 
 
"(Kami) Terlepas pandang pembetulan yang diminta sebelum (manifesto) dicetak. Pencetak telah terlupa," kata Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini.

Semakan Malaysiakini hari ini ke atas manifesto versi digital yang dimuatkan di laman Pakatan Rakyat mendapati ia memuatkan janji untuk "menaikkan royalti kepada negeri  pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus".

MP Kuala Selangor itu mengakui bahawa manifesto versi cetak tersebut hanya menyebut pemberian royalti petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5 peratus ke 20 peratus.
 
"Ia silap. Sepatutnya ditulis 'negeri pengeluar minyak', bukan Sabah dan Sarawak sahaja.
 
"Bila dicetak ia tidak datang begitu (iaitu menyebut) negeri pengeluar minyak. Ia amat diralati. Kami telah difahamkan semalam," kata MP Kuala Selangor itu.
 
Katanya lagi, cetakan baru manifesto tersebut akan diperbetulkan dengan janji untuk menaikkan royalti tersebut kepada semua negeri pengeluar minyak.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.