Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi peluang kepada tiga lagi syarikat konsesi air untuk berbincang dengan pemegang saham mereka berhubung tawaran kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air di negeri itu.

Katanya, sebuah syarikat konsesi air iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) pula telah memberikan respon positif berhubung tawaran itu.

"Nampaknya dah ada pesetujuan. Tapi kita kena tunggulah. Splash dah positif.

"Nanti adalah. Bagilah peluang. Ini bukan harga murah. Ini harga RM9.65 bilion. Bagilah dia bernafas dulu. Kita kena bagi peluang dan dia perlu tanya pemegang saham.

"Saya akan beritahu dari masa ke semasa perkembangan ini," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya berhubung respon tiga syarikat konsesi air yang lain.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah di Petaling Jaya hari ini.

Pada Rabu lalu, kerajaan negeri telah menyerahkan surat tawaran melalui Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air iaitu  Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd (ABBAS) dan Splash bagi mengambil alih perkihdmatan air di negeri itu.

Semalam, satu sumber dalaman Splash memberitahu KiniBiz,  syarikat konsesi air itu bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh KDEB melalui satu mesyuarat yang dibuat petang semalam.

Mesyuarat bersama pemegang saham Splash iaitu Gamuda Bhd yang mempunyai kepentingan sebanyak 40 peratus, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd dan Sweetwater SPV Sdn Bhd semalam bersetuju dengan tawaran KDEB sebanyak RM1.8 bilion iaitu RM1.6 bilion bagi aset air dan RM251 juta untuk ekuiti.

ADS