Pakatan cabar BN debat manifesto

Pakatan Rakyat mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan parti itu pada Isnin lalu.

Pakatan juga mempertahankan bahawa dasar yang ditawarkan dalam manifesto berkenaan akan memberi penjimatan sebanyak RM49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiaya rancangan dalam ikrar pilihan raya itu.

Penjimatan berkenaan, menurut Pakatan, akan diperolehi melalui pembendungan rasuah, perbelanjaan berhemah dan peningkatan hasil kerajaan daripada pembangunan ekonomi.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk berdebat dengan BN itu ialah pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, anggota jawatankuasa pusat PAS Dzulkefly Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung soal tersebut.

[Baca berita penuh]

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.