PKR juga tak umum calon MB, kata Noh Omar

Timbalan pengerusi BN Selangor Datu Seri Noh Omar berkata calon menteri besar daripada parti itu tidak timbul kerana PKR juga tidak menamakan calon menteri besar mereka menjelang pilihan raya umum sebelum ini.

"Waktu mereka belum menang dahulu tak ada pun heboh kata Khalid akan jadi MB. (Jadi) apabila (kita) dah menang nanti tentu ada tokoh yang boleh memimpin negeri Selangor.

"Kita yakin calon-calon kita ada yang ada tokoh dan berwibawa," katanya yang turut mencabar PKR Selangor agar menyatakan sama ada akan terus mengekalkan Khalid sebagai MB jika mereka kekal berkuasa selepas pilihan raya umum.

"Dah tentukah Tan Sri Khalid (terus) jadi MB? Kalau ikut rekod mereka lagi kelam kabut.

"Timbalan presiden PKR merangkap pengerusi PKR Selangor adalah YB Azmin Ali tetapi MB apa jawatan dia dalam parti?" kata Noh.

Pemimpin Pakatan yang menimbulkan spekulasi berkenaan sebelum ini mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengelak daripada memilih calon MB menjelang pilihan raya umum bagi mengelakkan sabotaj dari fraksi yang tidak dipilih.

Beliau ditanya pemberita selepas majlis menyampaikan sijil perakuan kemudahan memproses durian sejuk beku ke China di Putrajaya petang ini.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.