Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan kajiselidik Merdeka Centre yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.

Walhal, kajiselidik BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut, katanya.

NONE "Kamu mesti ingat, berapa orang sampel. Kamu mesti tanya Merdeka Centre siapa yang jalankan kajiselidik, persampelan, jumlah sampel, siapa sampel," katanya.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima apabila kerajaan memberi bantuan bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia juga berbeza.

"Kita dapat lihat, di kawasan saya, bila saya beri daripada RM500, dan anak bujang. Saya amat kagum, mereka pertama kali terima RM250, ada yang peluk saya (kerana) kerajaan prihatin dengan masalah dia, kepada mereka yang gaji bawah RM2,000 dan bujang.

"Persoalan daripada kajiselidik itu, kami nak tahu tentang persampelan. Maksud saya, untuk bersikap adil kepada kami. Pada kita, parti kita pun buat survey jugak.

"Kita juga tahu dengan adanya BRIM dan bantuan RM250 (untuk orang bujang) sedikit sebanyak rakyat tahu kerana kerajaan prihatin dengan keperluan mereka," katanya.

NONE Beliau ditanya mengenai kajiselidik Merdeka Centre yang menunjukkan jurang di antara sentimen pengundi ke atas Najib, kerajaan persekutuan dan BN.

Kurang daripada separuh responden berkenaan berpuas hati dengan prestasi kerajaan persekutuan (48 peratus) dan BN (45 peratus), yang menunjukkan trend konsisten sejak setahun lalu.

Sementara itu, Tengku Adnan turut mengulas mengenai pestasi media sosial BN berbanding usaha yang dijalankan Pakatan Rakyat.

"Cuma hit mereka, hit kita (tidak sama), kerana kita ada media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar. Jadi mereka tak tengok laman web kita," katanya.

MP Putrajaya itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kempen Skuad BN anjuran Persatuan Warga KL dan Selangor dengan kerjasama Gabungan Mantan Ketua Pemuda Umno Bahagian di ibu negara pagi ini.

ADS