Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris berpendapat, kredibiliti media arus perdana hanya akan dapat dipulihkan dengan cara menimbulkan kesangsian ke atas media sosial dan serangan ke atas tentera siber politik.

Pengarang eksekutif The Star Wong Sai Wan berkata populariti tentera siber tersebut menjadikan media sosial tidak boleh dipercayai.

“Cybertrooper adalah penipu, (maka) media sosial adalah penipu,” katanya dalam satu forum di Kuala Lumpur hari ini mengenai peranan baru media dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini satu-satunya cara kita untuk kita mengembalikan kredibiliti. Kerja kita adalah untuk menyebarkan perkara ini.

“Media sosial tidak menyediakan maklumat, ia (satu bentuk) hiburan. Kita mesti (berada dalam keadaan) menyerang,” tegasnya.

Forum anjuran agensi Bernama dan Press Forum Asia itu membincangkan tajuk berhubung peranan dan lanskap baru media di negara ini.

[Baca berita penuh]

ADS