Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah.

Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.

Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."

"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?

"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS