Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pihak yang mendalangi pencerobohan bersenjata di Sabah menyebar khabar angin untuk menjejaskan semangat pasukan keselamatan kita, kata ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, polis tidak akan tertipu dengan usaha seperti itu, katanya dalam satu sidang media petang ini.

NONE Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa seorang pegawai polis ditahan kerana bersimpati dengan penceroboh tersebut.

Ismail juga diminta mengulas beberapa dakwaan oleh Tenteran Diraja Sulu dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui media Filipina.

Mereka mendakwa rakyat Filipina yang tinggal di Sabah melakukan serangan ke atas balai polis dan trak tentera.

Meerka turut mendakwa, menahan empat "pegawai" Malaysia sebagai tebusan.

Dakwaan berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan dan butiran yang diberikan oleh kumpulan itu juga tidak lengkap.

[Baca berita penuh]

ADS