Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan dakwa polis dipenggal kepala cetus tanda tanya

Polis tidak dapat mengesahkan atau menafikan sama ada seorang anggotanya dipenggal kepala semasa pertempuran dengan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna pada hari Sabtu.

Namun, jenazah kesemua anggota berkenaan sudahpun dikembalikan kepada waris masing-masing.

Bercakap kepada pemberita di Lahad Datu hari ini, ketua polis negara berkata beliau masih belum melihat laporan bedah siasat berkenaan.

Wartawan: Adakah benar pegawai polis yang dibunuh telah dipenggal kepala?

Ismail: Anda sudah lihat gambarnya, kami tidak tahu lah.

Reporter: Semalam Tan Sri kata akan tengok laporan bedah siasat. Jadi adakah ia benar?

Ismail: [Berbisik dengan ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib seketika] Polis masih belum melihat laporan bedah siasat. Saya belum lihat laporan bedah siasat lagi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang anggota polis terperangkap semasa insiden tersebut sebelum dipenggal kepala, manakala seorang lagi anggota polis turut ditikam.

Pasukan polis memasuki kampung tersebut pada Sabut malam selepas menerima laporan terdapat orang membawa senjata, namun diserang hendap kumpulan bersenjata tersebut.

Operasi yang dijalankan polis semalam menemui enam orang anggota pasukan itu terbunuh selain enam lagi mayat dipercayai milik kumpulan penceroboh berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS